Skip to main content

Garisan

Garisan

oleh

Rossyam Hadi




🌿🌿🌿🌿🌿


Nota

apa yang saya cuba sampaikan dalam koleksi #Garisan🌿 ialah perjalanan hidup kita tidak akan sama dengan orang lain, tidak perlu bandingkan nasib kita dengan orang lain, terus kekal di landasan sendiri.

dunia ini tidak adil dan tidak akan pernah adil, kita akan dihempas dengan

kesedihan daripada perpisahan

atau

kesakitan daripada kehilangan

atau

kesusahan daripada perubahan

dan juga

kekosongan daripada dalam diri.

kita semua manusia, kita tidak sempurna, jangan putus asa, terus kuat dan tabah mengharungi hidup yang sementara ini kerana ganjaran hebat (syurga) juga datang dengan pengorbanan yang besar.


selamat membaca!

yang ikhlas,

syam


🌿🌿🌿🌿🌿


🌿(1) Sandiwara🌿

kau adalah nyawa
dan juga nadi,
peneman di kala
suka dan duka,
hidup ini hanya sia-sia
tanpa kau di sisi.

kita bercinta
bagai tiada hari esok,
kita merindu
seolah tidak berjumpa semula,
kita berasmara
umpama dosa itu palsu.

kesetiaan kau rapuh,
kalah dengan keinginan sendiri,
di depan kau, aku,
di hati kau, dia.

kisah kita singkat,
kau bermain sandiwara,
membuat jiwaku lara.

kita berpisah
seperti tidak pernah bersua.

🌿(2) Beku🌿

aku menjadi saksi
keruntuhan menara memori
yang kita bina,
hancur sekelip mata
tanpa sebarang amaran.

keadaan sekeliling seakan membeku,
seperti waktu terhenti,
hanya diri aku
yang langsung bergerak
tanpa menoleh ke belakang.

ruang yang sama dilawat
tetapi berlainan fasa,
laluan yang sama dilalui
tetapi berlainan perasaan.

masa lantas berjalan
tanpa aku mengejarnya,
satu-satunya yang berterusan
dalam hidup ialah perubahan,

dan aku terpaksa akur.

🌿(3) Hitam🌿

aku tidak sempurna
seperti mereka semua,
tidak ada pelangi mahupun manikam
untuk aku tawarkan,
yang boleh memikat.

tiada sesiapa tertarik
pada yang jelik,
aku umpama cangkerang usang,
tanpa mengandungi mutiara,
disembunyi dedebu pasir
di dasar laut.

hari demi hari,
warna-warniku semakin pudar,
awan mendung sentiasa
mengekori ke mana-mana,
sekian lama tidak menyaksikan
hari yang terang.

lemas dalam tangisan sendiri,
dihanyut oleh sungai emosi,
aku tidak mampu bertarung dengan
raksasa di dalam yang
mula membaham perlahan-lahan.

tidak padan dibelai,
tidak layak dicintai,
aku hanyalah bayangan hitam
yang sering lesap
dalam keheningan malam.

🌿(4) Di Antara🌿

senja tiba,
suasana sepi mula dirasai,
aku masih terdampar
di sudut yang sama
kau tinggalkan aku,
dengan luka yang masih berbisa.

tiada lagi tangisan
mampu diperah daripada
bebola mata yang
sekian lama ringai,
aku masih mengutip
serpihan-serpihan diriku
yang kau pernah caritkan.

tidak aku mampu bertahan,
tidak juga aku terdaya menahan
diri daripada berjalan
ke arah kegelapan,
sakitnya harus dipikul
selagi hayat dikandung badan.

jika diberi pilihan
di antara hidup atau mati,

aku tidak mahu wujud.

🌿(5) Jumpa Lagi🌿

kali terakhir kita berbicara
hanyalah dalam talian,
wajah tidak puas direnung,
suara tidak cukup didengar,
pesanan ringkas sebagai
ucapan selamat tinggal.

tanpa pelukan erat,
tanpa ciuman terakhir,
kau pergi seorang diri
tinggalkan aku dengan
kotak kenangan yang kita cipta.

hanya mampu menatap
pada foto lama,
sentiasa dalam ingatan,
nama kau tidak putus disebut
dalam setiap doa-doaku.

aku tahu kita pasti
akan berjumpa semula
bila tiba masanya,

sehingga nanti,
jagalah diri
di sana.

🌿(6) Garisan🌿

kita merangkak dahulu
sebelum mula berjalan
dan terus berlari
dalam kitaran kehidupan
yang tidak pernah adil.

hentian kepiluan dan landasan kegembiraan
akan bersilih ganti,
jangan biarkan kesedihan
menjadi pembunuh,
jangan juga leka
dengan kebahagiaan.

yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti,
tekal di laluan sendiri
kerana Tuhan lebih mengetahui.

lurus atau lengkung,
tebal atau halus,
panjang atau pendek,
langsung atau putus,
garisan hidup kita
tidak akan sama.

🌿(7) Bawa Aku Pergi🌿

sunyi di khalayak,
asing dalam kebiasaan,
letih ketika berehat,
kosong bila bersendirian.

irama tidak lagi merdu,
bunga tidak lagi mekar,
madu tidak lagi manis,
aku tidak lagi gembira.

masih tercari-cari
keperluan yang hilang,
masih mencari-cari
erti hidup sebenar.

bawalah aku pergi,
tolong bawa aku pergi,
biarlah aku pergi,
jangan biarkan aku pergi

berseorangan.

🌿(8) Masih🌿

terpisah oleh jarak,
terputus kerana takdir,
sejauh mana kau menuju,
sehujung mana kau merantau,
aku pasti akan datang kepada kau.

pergilah memburu bintang,
berlari mengejar impian,
mengikat simpulan mati
bersama teman sehati,
hidup ini hanya sekali.

aku akan setia di sini
walaupun beribu tahun akan datang,
jangan kau gentar,
jangan kau gusar,
aku sentiasa ada.

selagi aku masih bernafas,
tali persahabatan kita
akan kekal sampai bila-bila.

Comments

Popular posts from this blog

Catching up with ME on new writing style, puisi #Tidur⏰ and life update!

HIIIIIIIIIIIIII!!!!! I’M BACK!! IT’S BEEN AGES SINCE I POST A NORMAL BLOG POST!!! I think my last normal post was in 2015 maybe? Because after that I only posted my poems. HOW ARE YOU??? Probably some of you who just started following me might not know that before I started writing poems, I started writing this kind of post - just me mumbling about my life or opinions on something. So yeah, as you can read in the title - first and foremost let’s talk about my poems!!! I feel like I haven’t talked much about my poems and sometimes I do not take myself seriously as a writer. I’m currently in the middle of writing my next koleksi puisi and I didn’t expect it to be longer than usual. I started writing it (my third koleksi puisi, after #Sunyi 🕯️ and #Garisan 🌿) in December 2021 and I’m still writing it, but hopefully I can give it to you by the end of the year! #Tidur ⏰ is my new upcoming single poem that I will release this Saturday and it’s not the first single or a new era -  I just wa

tidur

tidur biar rohku bebas berenang di lautan angan-angan daripada kekal terapung di permukaan nyata.

Be Kind

be kind by rossyam hadi 🫂 "If you can be anything in this world, choose to be kind." I was inspired to write this whole collection based on this line that I found when I was in a dark place and I want to capture my journey of learning how to be kind - to myself - by writing it in this collection. But instead of writing inspiring poems on how to love and treat myself right - when I finished writing Be Kind , the words turned out to be me begging the universe to be kind - to me. Be Kind   is a journey of healing from a breakup - dealing with the phobia of being in a relationship - trying to find love - losing hope to live - revisiting childhood trauma - learning to be a better person - finding my own happiness without relying on others. I hope you will gain something from each poem to help you - to be kind to yourself first - and then to others - too. love, syam. 🫂 (1) long way home we never meant to drive each other crazy, I love you for who you are, you're a