tempat rehat




🏠
 

selepas 4 tahun menjahit keberanian, naskhah ini akhirnya sedia menemui pembaca.

'tempat rehat' lahir daripada kehilangan sebuah rumah, sebelum menemui kediaman dalam diri seseorang kerana rumah itu di mana letaknya hati.

selamat membaca,
semoga menjumpai tempat rehat sendiri.


🏠





buku
petak peribadi
mainan mekdi
kedana
orang tua
gadis transisi
bunga
biru
rutin waktu malam
tempat rehat






💙🏠
(aku sebuah) buku

9734 muka surat
27 bab

penuh saspens
dihurung drama

di rak teratas
nilai tinggi
edisi campuran
tiada ulang cetak

berani baca?


💙🏠
petak peribadi

resbang bujang
novel, cakera padat
melepak di rak

ruang melayan
tangis, tawa
berselimut daripada nyata

kotak kecil
untuk bernafas
tanpa topeng.






💙🏠
mainan mekdi

Umi pacu
ke kota Cheras
setiap minggu

turuti pinta
himpun koleksi
si bongsu.


💙🏠
kedana

kemeja lusuh
dipakai kerja
juadah murah
alas perut

sifar simpanan
gaji minimum
kopi di dapur
wayang di kamar

seksa sara diri
di metropolis
makin hari
masih miskin.






💙🏠
orang tua

garis-garis di wajahmu
pahatan suntuk waktu

sepasang mataku
rapuh memerhati

rambutmu dihakis warna
ingatanmu direnggut lupa
usiamu dimamah masa.






💛🏠

gadis transisi

lensa 0.5
merakam jelita
melakar peta
asyik menari
di celah sibuk hari

dara mandiri
menelusuri kelam
bertemankan bias digital
dan sisa kafein.


💛🏠
bunga

yang kau selit
di telingaku
tergugur
ke lubuk kalbu

tiap kelopak
kian lerai
tetap kau ganti
tanpa usai.






💛🏠
biru

langit itu luas
luas itu tenang
tenang itu kamu.


💛🏠
rutin waktu malam

di antara
menatap cakrawala

atau

bersenam lelangit
di taman bertasik

denganmu.






💛🏠
tempat rehat

lama kucari
tempat berlindung
rata kusinggah
tidak berbumbung

takdir berbaik hati
menemukan kediaman tetap
buat jiwa gelandangan

aku tidak mahu rebah
di mana-mana
selain dakapanmu.






semua puisi ditulis dan dimiliki oleh rossyam hadi. 

Comments

Post a Comment