Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

pelita

pelita oleh rossyam hadi ✨✨✨ nota koleksi puisi #Pelita ✨ menceritakan pelbagai ombak emosi bertemakan raya - ada puisi yang mungkin menjatuhkan air mata, ada juga puisi yang mungkin mengukir senyuman. terima kasih kerana sudi membaca #Pelita ✨ selamat hari raya! maaf zahir dan batin  ikhlas dari syam :) ✨✨✨ (1) tunggal semarak bunga api hatiku kau bakar di malam lebaran yang hanya membara untuk seketika. (2) pelita penyeri malam tujuh likur penyambut Syawal dan penamat Ramadan nyalaan terakhirmu  tidak sempat kusaksikan berehatlah dari menerangi langit kelam kami. (3) songket 3 abad dimiliki disimpan rapi dikasih penuh peneman setia setiap raya samping songket tenun tangan dari timur daripada ayah tumpangan yang kuanggap sendiri akan kujaga. (4) balik kampung tangki minyak penuh but belakang padat tempat duduk penumpang terisi bersesak di jalan raya berumah di kawasan rehat hanya untuk menyambut di desa. (5) warna warni balang bercorak bunga penuh pem