Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

Garisan

Garisan oleh Rossyam Hadi 🌿🌿🌿🌿🌿 Nota apa yang saya cuba sampaikan dalam koleksi #Garisan 🌿 ialah perjalanan hidup kita tidak akan sama dengan orang lain, tidak perlu bandingkan nasib kita dengan orang lain, terus kekal di landasan sendiri. dunia ini tidak adil dan tidak akan pernah adil, kita akan dihempas dengan kesedihan daripada perpisahan atau kesakitan daripada kehilangan atau kesusahan daripada perubahan dan juga kekosongan daripada dalam diri. kita semua manusia, kita tidak sempurna, jangan putus asa, terus kuat dan tabah mengharungi hidup yang sementara ini kerana ganjaran hebat (syurga) juga datang dengan pengorbanan yang besar. selamat membaca! yang ikhlas, syam 🌿🌿🌿🌿🌿 🌿 (1) Sandiwara 🌿 kau adalah nyawa dan juga nadi, peneman di kala suka dan duka, hidup ini hanya sia-sia tanpa kau di sisi. kita bercinta bagai tiada hari esok, kita merindu seolah tidak berjumpa semula, kita berasmara umpama dosa itu palsu. kesetiaan kau rapuh, kalah dengan keinginan sendiri, di de