Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

SUNYI

SUNYI OLEH ROSSYAM HADI 🕯 Sunyi 🕯 Sunyi Tragedi Jun Senjata Mari Berdansa Kita Sama Secawan Kopi KREDIT Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca koleksi puisi pertama saya dalam Bahasa Melayu. Setiap puisi di dalam koleksi ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup dan juga pandangan saya terhadap keadaan sekeliling yang berlaku sejak tahun lepas. Saya harap apabila anda membaca SUNYI, ia seakan-akan memeluk anda untuk memberi sedikit keselesaan dan memberi semangat untuk terus kuat. SUNYI adalah kombinasi pelbagai jenis puisi dan saya harap setiap puisi dapat memberi sesuatu pada anda. selamat membaca! yang ikhlas,  syam. 🕯🕯🕯🕯🕯 🕯 (1) SUNYI 🕯 Dunia berehat sebentar daripada disakiti tanpa henti, sementara kita bertarung hingga hujung nyawa. Jalan raya menjadi lengang, kota mula berhantu, malaikat maut kocah-kacih menjemput roh yang terkorban. Di malam sepi dan dingin, aku menangis sorang diri, dua tahun lesap begitu saja, tersangkut dalam bingkai yang sama. Ak